Plot Tomb Raider (permainan video 2013)

Watak

Pemain mengambil peranan sebagai Lara Croft, seorang graduan muda arkeologi yang bercita-cita tinggi. Teori yang telah dicadangkannya berkenaan dengan Yamatai, sebuah keraan yang hilang telah meyakinkan ahli keluarga Nishimura, yakni keturunan keluarga daripada rakyat sendiri untuk membiayai satu ekspedisi untuk mencari kerajaan tersebut. Ekspedisi itu telah diketuai oleh Dr. James Whitman, seorang pakar arkeologi selebriti yang telah ditimpa kesukaran dan terdesak untuk mengelakkan kebankrapan dan penceraian. Dia ditemani oleh Conrad Roth, seorang tentera laut diraja yang bertukar menjadi pengembara dan rakan rapat keluarga Croft yang bertindak sebagai mentor kepada Lara; Samantha "Sam" Nishimura, sahabat baik Lara dan perwakilan daripada keluarga Nishimura yang menfilemkan ekspedisi ini menjadi sebuah dokumentari; Joslyn Reyes, seorang mekanik bersifat emosional juga ibu tunggal; Jonah Maiava, seorang nelayan yang bersikap tenang dan percaya kepada kewujudan paranormal dan esoterik; Angus "Grim" Grimaldi, jurumudi Glassweigan kapal Endurance; dan Alex, pakar elektronik bercermin mata yang lawak.

Ketetapan

Permainan ini mengambil tempat di Yamatai, segugus pulau yang terletak di Segitiga Naga (Dragon's Triangle) di luar pantai Jepun. Pulau dan kerajaan yang satu ketika dahulu wujud di sana - diselubungi misteri, memandangkan reputasi petir yang menakutkan dan kapal karam yang menyepahi persisiran pantainya. Pada satu ketika dahulu, Yamatai telah diperintai oleh seorang permaisuri bernama Himiko, dikenali dengan nama kehormat "Permaisuri Matahari". Menurut legenda, Permaisuri Himiko telah dikurniakan dengan kuasa shamanistik yang membolehkan dia mengawal cuaca. Hanya sedikit sahaja sejarah berkenaan Yamatai yang diketahui sejak kematian Himiko, selain daripada kehinaan pulau tersebut yang wujud selepas itu. Dalam penerokaan pulau, pemain mungkin akan mendapati bukti - yang antara lain - pedagang Portugis, tentera laut Amerika dan projek ketenteraan Jepun telah terkandas di Yamatai di pelbagai tempat merentasi sejarah.

Pada permulaan permainan, pulau tersebut dihuni oleh Persauddaraan Solarii, kultus penjenayah ganas, tentera upahan dan survivor kapal karam. Persaudaraan Solarii telah mewujudkan pertubuhan mereka sendiri berasaskan penyembahan terhadap Himiko, lengkap dengan struktur sosial dan peraturan, yang mana tujuan dan niat sebenar mereka diterokai sepanjang perjalanan kisah.

Kisah

Permainan ini bermula dengan Lara berangkat pergi ke ekspedisi pertamanya di atas kapal Endurance, bertujuan untuk mencari kota yang hilang, Yamatai. Beliau menyarankan (dalam masa yang sama menentang nasihat Whitman) supaya ekspedisi tersebut meneroka menerusi Segitiga Naga (Dragon's Triangle) yang terletak di bahagian timur Jepun. Kapal itu dilanda dengan ribut kencang dan terbelah kepada dua, meninggalkan mangsa yang masih terselamat di pulau yang terpencil. Lara telah terpisah daripada yang lain apabila dia telah ditangkap oleh seorang yang tidak dikenali dan ganas, dan telah terperangkap di dalam rumah guanya. Dia telah berjaya untuk melepaskan diri sementara orang yang menangkapnya telah terbunuh dan gua tempat mereka berada runtuh. Ketika Lara cuba untuk mencari mangsa terselamat yang lain, dia telah mendapat lebih banyak bukti bahawa pulau tersebut dihuni, lengkap dengan ukiran-ukiran yang pelik, mayat, dan korban ritual haiwan. Akhirnya dia menjumpai kawannya, Sam bersama-sama dengan seseorang lelaki bernama Mathias, yang mendakwa bahawa dia adalah salah seorang daripada penumpang Endurance. Ketika Sam memberitahu Mathias berkenaan dengan lagenda Himiko, Lara tidak sedarkan diri. Apabila dia bangun, Mathias dan Sam tidak dapat dijejaki.

Apabila akhirnya Lara dapat bersatu kembali dengan mangsa terselamat yang lain, dia dan Whitman mengambil keputusan untuk berpisah daripada kumpulan untuk mencari Roth yang masih hilang, sementara ahli kumpulan yang lain (Reyes, Jonah, Alex dan Grim) pergi untuk mencari Sam dan Mathias. Sambil Lara dan Whitman meneroka, mereka mendapati bahawa penduduk pulau tersebut menyembah Himiko, mengesahkan bahawa pulau tersebut adalah Yamatai. Apabila mereka menemui kuil yang didirikan atas nama Himiko, mereka telah ditangkap oleh orang orang pulau dan dibawa ke penempatan bersama-sama dengan beberapa orang lagi mangsa terselamat daripada bangkai kapal Endurance. Apabila mangsa terselamat itu cuba untuk melepaskan diri, penangkap mereka berpusing ke arah mereka, memburu dan membunuh mereka. Lara terpisah daripada Whitman dan cuba untuk bersembunyi, tetapi kemudiaannya dijumpai oleh Vladimir, salah seorang ketua penduduk setempat itu. Vladimir menyerang Lara, tetapi dia melawan kembali dan terpaksa membuntuh Vladimir untuk menyelamatkan nyawanya. Dia berlawan dengan penduduk setempat yang lain sementara bersusah payah berusaha menaiki lereng gunung untuk bertemu dengan Roth. Akhirnya, dia menjumpai Roth yang berada di dalam keadaan luka di sebuah kampung tinggal berdekatan. Menggunakan peralatan Roth, Lara berangkat ke geganti komunikasi berada di puncak gunung, dengan harapan dapat menghubungi dunia luar dan mendapatkan bantuan.